Seorang // Saturday, November 23, 2013
12:19 AM |
Seorang. Ada moment kita mahu nyorok dari semua orang. Mahu hilang sebentar dari dunia ini. Sebab penat. Penat dengan drama harian. Penat dengan ragam manusia yang berbeza. Penat asyik kena marah. Penat asyik semua benda kita buat silap. Penat asyik bergaduh. Sampai rasa macam "apasal asyik salah aku je?!" Dan time tu pula tak ada siapa nak tolong tadah bahu. Nak tanya "kau okey tak?". Masa tu juga semua orang nak tutup pintu dari kau mengadu sebab bosan dengan drama harian kau yang tak pernah ada ending. Come on ah dorang pun ada probs sendiri. Time tu rasa macam dalam tahap bangang sangat. Kenapa semua tamau tolong aku?! Time kau sedih, aku ada dengan kau walaupun masa tu juga lah aku tengah lemas dengan beban yang tak pernah henti diletakkan di pundak. Masa tu kau patut tahu, kau patut tahu Allah pernah kata "La Tahzan InnAllaha Ma'ana" dan Allah ada kata juga "Indeed, my Lord is near and responsive" [11:61]. Kalau manusia lain tak ada untuk kau, tamau layan drama kau, tape. Tak mengapa. Sebab Allah ada nak layan kau. Luahkan. Luahkan padaNya. Let out everything till you feel satisfied. Sebab Allah ada. Dan kau tak keseorangan. -Diyana.A |