ABOUT LINKS TAG
about


That girl that just write whats on her mind. She's not good but she dont care. What she think she need to say, she will write in notepad and post it here. She just a 1997 girl. I hope people dont copy paste mine withoe credit.Thank you, Diyana.A


Minat aku dan kau berbeza. // Saturday, June 29, 2013
6:30 AM
Aku tak faham mereka yang tak dapat menerima minat seseorang itu.

Bila aku suka Kpop, kau kutuk minat aku .
Kau menuduh tanpa bukti yang sahih dan menyatakan yang tak benar.
Kau kata peminat Kpop ini sudah hilang agama mereka kerana terlalu obses.
Lagi - lagi yang beragama Islam.
Kau kata peminat Kpop ini sampai sanggup keluar agama kerana terlalu obses.
Lagi - lagi yang beragama Islam.

Dan kini aku mahu tanya kau,
dari mana kau dapat maklumat itu?
Seumur hidup aku, belum pernah aku mendengar berita seperti itu.
Maklumat yang kau sampaikan itu sahih atau tidak?
Jangan hanya mereka cerita hanya kerana benci.

Semua manusia mempunya minat masing - masing.
Kau suka Taylor Swift, aku tak ada pun kata kau akan jadi seperti dia .
Aku tak ada pun kutuk, cerca mengatakan Taylor Swift itu kaki lelaki.
Aku tak adalah sampai buat statement dan post disana sini hanya kerana benci.
Itu minat kau, buat apa aku nak ganggu.
Itu minat kau, buat apa aku nak halang.
Asal ia tak berkait dengan hidup aku,
aku okey sahaja.

Sekali lagi aku tanya kau,
dari mana kau dapat maklumat itu?

Tanpa kau tahu,
tanpa yang lain sedar dan menunding jari mengatakan Kpoppers ini terlampau leka dengan dunia yang fana,
kawan aku seorang Kpopper tetapi dia jugalah yang selalu menasihati aku, menegur aku .

Tatkala yang lain sibuk menunding jari keburukan pada kami,
ada juga Kpoppers yang lebih hebat ilmu agamanya daripada yang hanya pandai tweet dan post dakwah Islamiah tetapi dalam hidup sebenar kau tak amalkannya pun.

Aku curi ayat Budak Tomato;

Kau kata syurga tu bukan untuk orang-orang biasa. 
Tapi tanpa sedar, kau juga manusia biasa. Terlalu biasa. 
Sebab tu mudah saja tersungkur bila di caci. 
Mudah rebah bila di hina. 
Mudah bersangka buruk dengan orang sekeliling.

Apa kau ingat hati kau bersih sangat? Kau tulis entri baik-baik di blog. 
Kau lakarkan ayat-ayat dakwah di twitter. 
Kau pendekar alam maya. Berdiri megah, melangkah gagah. 
Realiti? 
Kau hancur. 
Sudah-sudahlah.

-
-

Setiap orang mempunyai minat yang berbeza,
aku mohon,
aku pinta,
terima minat seseorang itu,
hormat minat mereka,
kalau benci atau tidak suka,
diam lebih baik daripada mengatakan apa - apa .

Aku harap kau faham.
Aku harap kau terima realiti yang sebenar .
Kau punya minat, kau minatlah.
Aku punya minat, aku minatlah.

Dan ini ayat daripada sahabat yang aku kenali;

terpulang pada setiap individu untuk minat apa- apa selagi TAK BERLEBIH- LEBIHAN, TAK LANGGAR HUKUM- HUKUM YANG DITENTUKAN DAN TAK MELANGGAR BATAS- BATAS SEBAGAI SEORANG ISLAM. sebagai manusia kita tak berhak menghakimi sesiapa TANPA USUL PERIKSA. Dakwah boleh disampaikan melalui pelbagai cara. Ada sesetengah pendakwah, mereka berdakwah, ikut cara remaja zaman sekarang. sampai juga dakwah tu. Tapi kalau minat sampai tinggalkan rasa malu semata- mata kerana artis yang diminati, aku sendiri syorkan untuk tinggalkan apa yang kau minat.
Dan kalau kau sudah dapat fahami,
dan kalau kau sudah dapat menerima realiti,
aku mohon kau beritahu yang lain,
beritahu mereka setiap kita mempunyai minat yang berbeza,
aku mohon dan pinta hormatilah minat kami,
dan kalau semua itu sudah dibuat,
ucapan terima kasih aku tujukan pada kau .

-Diyana.A