ABOUT LINKS TAG
about


That girl that just write whats on her mind. She's not good but she dont care. What she think she need to say, she will write in notepad and post it here. She just a 1997 girl. I hope people dont copy paste mine withoe credit.Thank you, Diyana.A


Impian // Saturday, June 29, 2013
8:04 PM
Setiap kita punyai impian.
Kau ada impian.
Aku ada impian.

Impian aku,
Aku ingin menjadi hamba yang mematuhi,
Aku ingin menjadi insan yang baik,
Aku ingin menjadi anak yang taat,
Aku ingin menjadi pelajar yang cemerlang,
Aku ingin menjadi tukang masak yang berjaya,
Aku ingin menjadi inspirasi kepada semua,
Aku ingin menjelajah ke seluruh dunia,
Aku ingin belajar ke luar negara,
Aku ingin melihat menjejak ke Tanah Suci Makkah,
Aku ingin mengambil gambar bersama penyanyi Korea,
Aku ingin melihat Eiffel Tower di Paris.

Tetapi semua itu ;
hanya impian.

Impian yang aku angan - angankan setiap masa.
Impian yang tidak akan ada tanda noktahnya .
Impian yang tidak pernah berhenti harapannya.

Dan
Hatta sekali pun aku mengimpikan untuk melakukan sebegitu,
kalau tiada langkah permulaan,
tidak akan ada jalan pertengahan,
tidak akan ada jalan perlikuan,
tidak akan ada jalan penamat.

Kalau setakat ' aku ada impian '
tapi -
sejejak langkah pun belum aku teruskan
tidak dapatlah untuk impian itu direalisasikan.

Bukan ahli sihir yang kau perlukan,
Bukan jutawan yang kau perlukan,
Bukan perdana menteri yang kau perlukan,

Yang hanya kau perlukan
hanyalah kau.
Kau dan diri kau .
Kau dan kekuatan kau.
Kau dan keazaman kau .

Masakan boleh impian itu terjadi kalau tiada Kau?
Seperti kata - kata Collin Powell;
Impian tak akan menjadi realiti melalui magik,
ia memerlukan peluh, keazaman dan kerja keras .

Impian.
Kejarilah impian kau itu .
Jangan pernah berhenti.
Dengan niat yang betul kerana LillahiTaala,
InshaAllah akan tercapailah impian kau itu .
Usaha dan doa menjadi iringan untuk mencapai impian itu,
Kalau kau jatuh sekali pun,
kau bangun .
Kau gah kan diri untuk bangun dan teruskan perjalanan.

Kejarilah impian kau itu .

- Diyana. A